KEMARAU


Musim kemarau dah datang, tukang berak tak puas lagi bermain hujan di tengah halaman dengan kawan-kawan..hmm..tukang berak ada kawan kah?
Ya..tukang berak ada ramai kawan..semua kawan tukang berak baik-baik belaka..mereka macam buah melaka yang hanya meletup bila digigit..tukang berak suka dan sayang mereka namun musim kemarau yang tiba telah memisahkan tukang berak dengan mereka..
Tukang berak berfikir lama..apa yang hendak dilakukan ketika musim kemarau datang melanda..tersenyum hiba di jendela rumah..menahan gian nikotin dari menguasai tubuh dan akal..ohh..teramatlah sengsara..siapalah punya angkara yang melupuskan pack 14 dari muka bumi malaysia..tukang berak berlari ke bawah..mencapai tuala dan mandi..sejuk..takut air ke?? haahaa..23 tahun sudah menghela udara nyaman dari setiap penjuru alam, melakukan aksi-aksi ngeri dan berani untuk tontonan umum, membunuh bertan-tan nyamuk dan semut tapi masih tidak lagi berani mandi pagi..
Tukang berak lantas bermonolog dengan cermin..cermin itu jujur..tidak pernah menipu..kerna itulah kita disunatkan untuk membaca doa ketika melihat cermin supaya budi pekerti kita seindah kejadian kita yang telah dicipta olehNya..
Baju nipis warna putih disarungkan ke tubuh tukang berak..segak..hahaa..biarlah..walaupun tukang berak bengang kerana ramai yang beranggapan yang tukang berak adalah selekeh pabila mengenakan baju itu mahupun yang seantero dengannya..dammNN..whats wrong wif their head..FATHEAD!! Ahh..biarlah mereka mendayung sampan menuju haluan masing-masing dengan gaya dayungan yang konon-kononnya paling cantik...
Operasi tukang berak amatlah remeh..tugas-tugas suri rumah sudah dikontrakkan ke atas nama tukang berak sepanjang musim kemarau ini..selamat tinggal malas..tukang berak tidak dapat untuk bersekongkol lagi dengan mu pada musim ini..


 

MY JAMBAN'S Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009