habis muke surat..


tubuh lesu..angin menderu-deru keluar dari kipas lama yang dibeli beberapa tahun dahulu..syahdu ya amat..mungkin keletihan sesudah 30 minit menghabiskan masa menunggu isya' dengan melihat semut-semut lampu yang gembira mengelilingi lampu..tukang berak turut serta gembira..entah gembira entah gila..abaikan..janji hati suka..
beberapa bulan lagi segalanya akan beransur-ansur hilang..kitab hikayat aku di kota akan mule mencari tanda noktah lalu tammat..yang pasti bukan kiamat walaupun ianya semakin dekat..jalan depan nampak kabur..tukang berak menghidap semput..jadi tidak mampu nak berlari laju mencari mentol yang terang..hanya berharap agar bintang indah sudi menyinarinye..apa pun kenangan yang telah di pahat secara halus juga rakus pasti akan kekal di situ..yaa..pasti..

cerita dua ribu


dua ribu lima
tiada yang menjangka
aku mahupun dia
tiada yang menduga
aku mahupun dia
entah bila aku bermula
entah bila dia bermula
aku dan dia bersemuka
sekali dua
menjemput mesra
lama-lama
ditemani gembira
setiap masa
bersama pusing dunia
cepat-cepat hati bertanya
hey
siapakah dia
takut tikus kaa..

dua ribu enam
rasa itu mula tertanam
tanpa dia aku bungkam
lantas
mula mengira detik jarum jam
mengenang kesah-kesah semalam
semasa aku dan dia tenggelam
ditelan nikmat alam
dan setiap malam
rasa itu kian mendalam
bantal aku pun jadi masam..

dua ribu tujuh
itulah tahun tengkujuh
saat kapal mula berlabuh
hubungan aku dijadikan sauh
tatkala itu aku mengaduh
sakit menjalar ke seluruh tubuh
dan aku cuba dibunuh
maaf
rasa itu masih utuh
aku tetap memegang teguh
dialah jodoh
hoik
perasan doh..

dua ribu lapan
dia cuba menjadi lawan
aku cuba tidak melawan
adakah aku sudah ditawan
tidak
aku belajar menepis dugaan
aku belajar menahan cubaan
aku belajar dari kesilapan
biarpun aku tidak tampan
jahat seperti haiwan
namun telah aku simpan
kami lebih dari kawan
kamilah..
pemegang pedang setiawan!

dua ribu sembilan
kami
bersama melangkah sopan
di atas titi perjuangan
memandang ceria masa hadapan
tanpa menghirau halangan
pahit manis cabaran
sedia ditelan
lohh
macam puisi kemerdekaan..

dua ribu sepuluh
fuhh
hidung aku dah berpeluh
rindu dia yang jauh
uh..uh..uh.........

















Suara


aku tak mampu bersuara
bertahun entah berkurun lamanya
tersangkut di ranting pohon pura
menelan pahit buah-buah dusta
di lembah gunung derita

aku tak mampu bersuara
apatah lagi tuk berkelana
menggali pelangi di dunia ceria
menari-nari di lantai bahgia
mengecapi segala yang di damba

aku tak mampu bersuara
sekadar menconteng kapur di bata
menyusun satu persatu kata
tiada yang indah
macam ayat-ayat si pencinta
macam puisi atau mantera gila
macam laras-laras si panglipur lara
semua tentang duka
semua tentang luka
semua tentang kita


DUIT


Perut comel tukang berak mengerang minta di isi sumthing...sumbat roti cecah tuna terus senyap..itulah beza tinggal di rumah keluarga dengan tinggal sendirian di kota..terjerit pekik pun tak kan ada siapa yang mahu melayan karenah si perut comel..puncanya..DUIT..
Ada duit boleh ceritaa..takda duit boleh jalann..actually tukang berak tak suke cerita pasal duit sebab tukang berak takde duit walaupun suka giler kat duit..hahaaa..ok..shoootoh!!
Pada zaman dahulu kalo..hiduplah sepasang suami isteri yang hidup bahagio..setelah beberapa purnama mengambang mereka bersama memadu asmara, bersenggama swasta, bercanda segala mako mendapat lah perkhabaran yang mereka bakal dikurnia kan zuriat kembar..
Si bakal bapa tersangatlah gembira sehingga terminum akan susu adindanya..al kisah di ceritakan kalo dah ajal takkan ke mana..si bakal bapa menghembuskan nafas terakhirnya setelah di sepak padu tepat di jantung berlubangnya oleh adinda terchenta lantaran kechewa kerna tidak dapat minum susu yang diidamnya..malapetaka yang menimpa tidak mengenal usia apatah lagi hobi mangsa..rentetan dari peristiwa itu, hiduplah si adinda yang gila sendirian bersama perotnya yang semakin membesar..di khabarkan oleh si panglipur lara yang besar perut si adinda itu adalah teramat besar sehingga menyebabkan si adinda tidak boleh masuk ke rumah untuk beradu di kamar sendiri dan terpaksa menginap di tengah padang rumput savana...
Akhirnya detik yang di nanti-nantikan pun tiba..si adinda telah selamat melahirkan dua orang kembar perempuan yang monggel dengan bantuan tabib cina dari seberang..atas nasihat penduduk kota kuntilanak maka telah dinamakan anak kembarnya itu dengan nama yang hebat..seorang di namakan duit dan seorang lagi pula dinamakan sampah..si duit dan si sampah pun membesar dengan belaian si adinda gilo yang sudah pulih dari gilanya....dari hari ke hari kecantikan si duit kian terserlah dengan makjun pak tani..namun lain pula halnya yang berlaku pada diri si sampah..setiap hari dirinya kian busuk sehingga terpaksa di pasong di belakang terataknya..lama-kelamaan si sampah pun dihalau hingga ke hujung kota dan tiada kedengaran terus berita tentangnya lagi.
Si duit pun hiduplah bersama ibunya yg semakin tua dan tak bergetah lagi..para jejaka kota kuntilanak sangat menggilai si duit kerna wajahnya yang sangat cantik dan tubuh yang mantop..hinggakan mereka sanggup berbunuhan demi mendapatkan cinta duit..duit tidak pernah menghiraukan mereka sehinggalah pada suatu hari yang indah,hadirlah seorang jejaka perantau yang bernama usaha ibni sabar yang singgah untuk membeli barang-barang keperluan di kota itu..ketika duit sedang mencuci pakaian di jeram, kedua mereka telah bermain mata dan jari sehinggakan basah akibat leka yang menggila..
Dalam pada itu, salah seorang jejaka kota itu sendiri yang bernama tamak sebenarnya sedang asyik memerhatikan gelagat mereka berdua..hatta si tamak tersangatlah amarahnya sehingga memanggil konco-konconya untuk membunuh si usaha ibni sabar..maka berlakulah pergaduhan antara mereka selama sembilan purnama..masing-masing mempunyai jurus-jurus yang sangat hebat hinggakan anak-anak sungai menjadi kering, pepohon hijau bertukar menjadi merah, tanah bumi merekah-rekah dan sepanjang hari tiada cahaya mentari yang kelihatan selama sembilan purnama itu..namun si tamak serta konco-konconnya akhirnya tewas di tangan usaha ibni sabar yang ternyata mempunyai hikmat rahsia yang tersangatlah hebat serta pengalaman berperang dengan jin yang sangat luas..
Sepantas kilat yang menyambar, seolah-olah tidak kenal erti lelah si usaha ibni sabar pun terus membawa pinangannya ke rumah si duit..si duit yang sedang berduka sambil mencari kutu di rambut ibunya amat terkejut dan terisak-isak hingga tertelan kutu-kutu ibunya..kesedihan si duit yang mengenangkan nasib si usaha ibni sabar akhirnya ditamatkan dengan kegembiraan yang amat dasyat..mereka terus hidup bahagia bersama malah gigih membuat anak di samping melakukan amal ibadat hingga ke akhir hayat mereka...the end..
Begitulah perihal duit..dari dahulu hinggalah kini..tetap menjadi rebutan..tukang berak malas nak ulas panjang..pepandai lah pikir moral of da story ...nak cerita pasal duit memang sangat seronok dan tak pernah habis..tukang berak banyak pengalaman yang indah dengan duit semasa ada duit..tukang berak pernah terlupa mandi selama tiga hari disebabkan duit..sebab duit tukang berak boleh kenal siapa kawan siapa lawan..sebab duit jugalah tukang berak selalu ketawa dan menangis..ahh...kalaulah tukang berak ada banyak duit, tukang berak akan bla,bla,bla,bla,bla,bla,bla....memang tak boleh habis jon...ohh..tukang berak jatuh cinta pada duit!!

 

MY JAMBAN'S Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009