tiada yang menjangka
aku mahupun dia
tiada yang menduga
aku mahupun dia
entah bila aku bermula
entah bila dia bermula
aku dan dia bersemuka
sekali dua
menjemput mesra
lama-lama
ditemani gembira
setiap masa
bersama pusing dunia
cepat-cepat hati bertanya
hey
siapakah dia
takut tikus kaa..
dua ribu enam
rasa itu mula tertanam
tanpa dia aku bungkam
lantas
mula mengira detik jarum jam
mengenang kesah-kesah semalam
semasa aku dan dia tenggelam
ditelan nikmat alam
dan setiap malam
rasa itu kian mendalam
bantal aku pun jadi masam..
dua ribu tujuh
itulah tahun tengkujuh
saat kapal mula berlabuh
hubungan aku dijadikan sauh
tatkala itu aku mengaduh
sakit menjalar ke seluruh tubuh
dan aku cuba dibunuh
maaf
rasa itu masih utuh
aku tetap memegang teguh
dialah jodoh
hoik
perasan doh..
dua ribu lapan
dia cuba menjadi lawan
aku cuba tidak melawan
adakah aku sudah ditawan
tidak
aku belajar menepis dugaan
aku belajar menahan cubaan
aku belajar dari kesilapan
biarpun aku tidak tampan
jahat seperti haiwan
namun telah aku simpan
kami lebih dari kawan
kamilah..
pemegang pedang setiawan!
dua ribu sembilan
kami
bersama melangkah sopan
di atas titi perjuangan
memandang ceria masa hadapan
tanpa menghirau halangan
pahit manis cabaran
sedia ditelan
lohh
macam puisi kemerdekaan..
dua ribu sepuluh
fuhh
hidung aku dah berpeluh
rindu dia yang jauh
uh..uh..uh.........
3 komen:
suke2
mamas misti kembang semangkuk hahahaha
hehehe..i jadi malu bile ade gamba i. huhuhuu~
okiesh. smakin kene dengan jiwe puisi kamu. gud job! keep it up! :)
gambar adalah sekadar illustrasi semata-mata..
Post a Comment