sayang di sana sini


2 jam sudah memasuki tarikh 3 januari..tiada hasil untuk hari semalam,semalam malah semalamnya juga..ada apa dengan tahun baru...tangan masih menggapai..kaki pun tidak sampai...terawang-awang di tengah-tengah dosa yang bergelimpangan..ibu jauh..ayah jauh...nenek jauh..entah siapa yang mahu memimpin tangan..tahun yang kedua di sini bermula dengan beberapa benih harapan..masih banyak yang perlu dikejarkan..masih banyak juga yang patut ditinggalkan..dunia atau ukhrawi...pandai-pndailah sendiri untuk mengadili..apa yang sering aku simpan di kantung sanubari hanyalah tawakkal padaNya ya Ilahi..dengan usaha separuh mati pun segalanya masih belum pasti sekiranya bukan dengan izin Pencipta dunia ini..namun berusaha lah biarpun harus mati kerana Dia itu Maha Memiliki..doa dan tawakkal pastikan sering di sisi..agar apa yang dihajati akan mudah untuk didapati dari Dia yang Maha Memberi..
sudah pagi..masih tercari-cari diri sendiri..ke mana langkah kaki yang perlu di hala untuk esok hari..ya Allah..hamba hina ini memohon simpati..mohon mudah segalanya untuk semua yang disini mahupun yang di tanah jawi..amin..

0 komen:

Post a Comment

 

MY JAMBAN'S Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009