syukur alhamdulillah..yang terindah itu masih disimpan untuk aku,dia,kita,kami dan mereka...besarlah harapan aku untuk terus dipanjangkan lagi hayat olehNya yang Maha Esa..supaya aku dapat bekerja sambil mengejar dan mencari sesuatu yang terindah dalam hidup ini agar dapat disimpan atau dilabur terus ke akhirat nanti...aku pernah mendengar cakap-cakap orang..mungkin di jalan atau di pasar atau di warung atau di mana-mana tempat persinggahan selama aku bernyala ni...kedengarannya seperti jangan berani bercerita tentang sesuatu kalau ilmu dan amalan hanya sekadar ibarat sepinggan kecil makanan yg ingin diberi kepada anjing belaan..aku tidak pasti kepada siapa tuan punye patah-patah kata itu hendak memuntahkannya..yang menjadi persoalan,adakah benar kata-katanya itu atau adakah tidak berapa benar orang yang berkata-kata itu..dan walau apa pun jawapan yang hadir untuk persoalan itu,ia sebenarnya mengajar aku untuk tidak terus menerima bulat-bulat segala omongan orang tanpa pernah berfikir tentang isi juga penyampainya..
yang terkini..cerita yang sedang heboh diperkatakan oleh sekalian pelusuk sahabatku ialah mengenai POSTING..saban hari akan muncullah khabar-khabar ceria,khabar-khabar yakin,khabar-khabar semangat...juga tidak terkecuali khabar-khabar duka,khabar-khabar ngeri,khabar-khabar kecewa dan marah.. malah kadang-kadang terselit khabar-khabar badut yang lebih menyerlahkan tentang kegilaan badut yang terperangkap dalam diri si badut khabar..sebenarnya terpulang kepada penerima khabar untuk menafsir dan menilai khabar yang diterima sebelum dikategorikan kepada jenis-jenis khabar yang tertentu...dan semasa proses inilah yang akan menjadikan otak lebih penat untuk bekerja dan memberikan khidmat pada tuannya supaya boleh berfikir..hasilnya??
ramai yang gagal untuk menilai dan seterusnya mengakibatkan mereka tidak dapat mengkategorikan khabar yang diterima kepada jenis khabar yang tepat..dan ini sememangnya membangkitkan api kemarahan akibat ketololan akal sendiri..pokoknya segala perkara adalah berakarkan ilmu dan amalan..mungkin betul apa yang pernah aku dengar tentang cakap-cakap orang tadi..tapi apa yang aku lebih pasti, para penerima khabar mahupun pendengar khabar juga sudah tentu tidak ingin digelar pembela anjing bukan..hahaa..maka teruskanlah menuntut ilmu dan tingkatkanlah amalan..supaya kalian dan aku akan terus berada dalam kesenangan dan ketenangan selalu..peringatan khusus untuk kalian semua terutamanya aku sendiri sebagai tukang berak.. hahaa..aku berak, lu orang skodeng!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
hah? tak paham
lemah..simple word je tu..basic2 kot'
Post a Comment