pantun dendam mamat pakop


seluk-seluk saku terpegang duit seratus,
seingat-ingat aku ada hutang belum ku tebus

seluk-seluk saku terkena inai di jari,
seingat-ingat aku ada baki bersisa di hati.

seluk-seluk saku pahit meluku dalam,
setenang-tenang daku, melekat kuat pada dendam.

seluk-seluk saku yang manis terlintas pergi,
hilang kemanapun akan tetap daku mencari.

puas


aku bukan penulis
aku bukan penyanyi
aku bukan pelukis
aku bukan penari
aku bukan pengemis
aku bukan pelari
aku bukan pewaris
aku bukan peduli
ahh
aku mahu menulis!!

nilai


nilai manusia tinggi
namun bukan semua
ada juga yang rendah

malahan
wujud sudah
manusia tanpa nilai

siapakah penilai
yang berani menilai
sesuatu yang tidak ternilai
dinoktah sebagai tidak bernilai

mungkin kerana
wujud sudah
manusia tanpa nilai

apakah yang dinilai
adakah ia senilai
dengan yang bernilai

sehingga
wujud sudah
manusia tanpa nilai

pinjamkan aku pisau


Siapa kita,
Bangun pagi tanpa syukur,
Mengejar segala gelagat harus,
Mencuci muka serta bercukur,
Pesan doktor,rajin bersenam badan kurus.

Di mana kita,
Tatkala matahari tegak tak jumpa zuhur,
Mencari santapan siang yang tak kan berani tuk ditangguh,
Menemani jin-jin dengan kawanan asapnya yang subur,
Ohh..nikmatnya hina hingga terasa di dubur,
Tak terkata dek akal yang lali tanpa menyedari cahaya sudah mula berlabuh.

Benarkah kita,
Tiap kali pulang membawa harta ibarat lanun,
Aku hebat itulah yang ditasbih,
Azan maghrib menyumpah mata yang bergeliga menjadi pedih,
Menghalau jauh rasa sayu dan sedih.

Itulah kita,
Selesai menggigit nasi,
Terbelai-belai manja si anak tekak,
Kenyang lantas mencari tidur,
Bermimpi yang basi,
Terjaga lalu bingkas melayani berak,
Terhoyong hayang dan kembali berdengkur.












permintaan



pilihlah saya
sebagai teman
pilihlah saya
sebagai kekasih
pilihlah saya
sebagai pasangan hidup

jangan pilih yang lain
sebagai teman
jangan pilih yang lain
sebagai kekasih
jangan pilih yang lain
sebagai pasangan hidup

saya pilih awak
sebagai teman
saya pilih awak
sebagai kekasih
saya pilih awak
sebagai pasangan hidup

pilihlah saya
jangan pilih yang lain
sebab...
saya pilih awak!


habis muke surat..


tubuh lesu..angin menderu-deru keluar dari kipas lama yang dibeli beberapa tahun dahulu..syahdu ya amat..mungkin keletihan sesudah 30 minit menghabiskan masa menunggu isya' dengan melihat semut-semut lampu yang gembira mengelilingi lampu..tukang berak turut serta gembira..entah gembira entah gila..abaikan..janji hati suka..
beberapa bulan lagi segalanya akan beransur-ansur hilang..kitab hikayat aku di kota akan mule mencari tanda noktah lalu tammat..yang pasti bukan kiamat walaupun ianya semakin dekat..jalan depan nampak kabur..tukang berak menghidap semput..jadi tidak mampu nak berlari laju mencari mentol yang terang..hanya berharap agar bintang indah sudi menyinarinye..apa pun kenangan yang telah di pahat secara halus juga rakus pasti akan kekal di situ..yaa..pasti..

cerita dua ribu


dua ribu lima
tiada yang menjangka
aku mahupun dia
tiada yang menduga
aku mahupun dia
entah bila aku bermula
entah bila dia bermula
aku dan dia bersemuka
sekali dua
menjemput mesra
lama-lama
ditemani gembira
setiap masa
bersama pusing dunia
cepat-cepat hati bertanya
hey
siapakah dia
takut tikus kaa..

dua ribu enam
rasa itu mula tertanam
tanpa dia aku bungkam
lantas
mula mengira detik jarum jam
mengenang kesah-kesah semalam
semasa aku dan dia tenggelam
ditelan nikmat alam
dan setiap malam
rasa itu kian mendalam
bantal aku pun jadi masam..

dua ribu tujuh
itulah tahun tengkujuh
saat kapal mula berlabuh
hubungan aku dijadikan sauh
tatkala itu aku mengaduh
sakit menjalar ke seluruh tubuh
dan aku cuba dibunuh
maaf
rasa itu masih utuh
aku tetap memegang teguh
dialah jodoh
hoik
perasan doh..

dua ribu lapan
dia cuba menjadi lawan
aku cuba tidak melawan
adakah aku sudah ditawan
tidak
aku belajar menepis dugaan
aku belajar menahan cubaan
aku belajar dari kesilapan
biarpun aku tidak tampan
jahat seperti haiwan
namun telah aku simpan
kami lebih dari kawan
kamilah..
pemegang pedang setiawan!

dua ribu sembilan
kami
bersama melangkah sopan
di atas titi perjuangan
memandang ceria masa hadapan
tanpa menghirau halangan
pahit manis cabaran
sedia ditelan
lohh
macam puisi kemerdekaan..

dua ribu sepuluh
fuhh
hidung aku dah berpeluh
rindu dia yang jauh
uh..uh..uh.........

















 

MY JAMBAN'S Free Blogspot Templates Designed by productive dreams for smashing magazine | | Free Wordpress Templates. Cell Numbers Phone Tracking, Lyrics Song Chords © 2009